KUANTAN: Seorang mekanik maut selepas kereta jenis BMW yang dipandunya dipercayai terbabas di Jalan Kuantan-Maran berhampiran pusingan U Batu 3 Tanah Putih, jam 11.20 malam Ahad.
Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata, mangsa, Mohd Khairol Aman Mohd Nasim, 32, dari Kampung Padang 1 di sini mengalami kecederaan parah di bahagian kepala meninggal dunia di tempat kejadian.
Menurutnya, siasatan awal mendapati, kemalangan berpunca daripada kecuaian pemandu apabila kereta dipandu hilang kawalan ke bahu sebelah kiri jalan.
“Difahamkan, kenderaan yang dipandu mangsa masuk ke dalam parit. Akibat kemalangan itu kereta mangsa mengalami kerosakan teruk dan remuk pada keseluruhan bahagian badan kenderaan.
"Ketika kejadian keadaan jalan adalah rata dan lurus dengan sistem jalan satu hala tiga lorong serta mempunyai satu lorong susur.
"Keadaan cuaca juga baik dan permukaan jalan kering manakala tahap pencahayaan gelap waktu malam dengan pancaran lampu jalan,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.
Wan Mohd Zahari memaklumkan mangsa yang meninggal dunia dibawa ke Jabatan Forensik, Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA).
Katanya, mayat mangsa akan menjalani bedah siasat selepas keputusan ujian calitan COVID-19 diperoleh.
“Kes kemalangan tersebut disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.
*Berita asal di Sinar Harian
Sinar Harian
Mon Feb 21 2022
Kereta yang dipandu mangsa hilang kawalan dan masuk ke dalam parit. -Foto Sinar Harian
Persempadanan semula DUN Sarawak perlu libatkan kawasan bandar dan luar bandar - Abang Jo
Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, kawasan yang terlibat wajar melibatkan penduduk pelbagai bangsa serta pembahagian kawasan bandar dan luar bandar
PRK Kuala Kubu Baharu: 55.79 peratus keluar mengundi setakat 4 petang
Peratusan keluar mengundi bagi PRK Kuala Kubu Baharu mencatatkan 55.79 peratus setakat 4 petang, menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
AWANI Ringkas: Dakwaan palsu | Negara hilang pemimpin reformis
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
UNFF19: Malaysia nyata komitmen kekal 50 peratus liputan kawasan berhutan
Sehingga kini Malaysia mempunyai 54.58 peratus atau 18.05 juta hektar kawasan berhutan dan litupan pokok.
Patuhi adab, etika semasa ziarah di Bukit Uhud
Jemaah haji Malaysia yang menyertai ziarah luar di beberaap lokasi di Madinah sebagaimana diuruskan Lembaga Tabung Haji (TH) dinasihat mengambil ikhtibar daripada aktiviti dijalankan selain mengelak daripada melakukan perkara yang boleh menimbulkan khurafat semasa menziarah
Melaka jadi tuan rumah Malaysia Bike Week Jun depan
Program selama tiga hari bermula 14 Jun sempena Bulan Permotoran Malaysia itu dijangka mempamerkan pelbagai aset terpilih.
Polis siasat kejadian conteng tembok masjid di Kuala Kubu Baharu
Polis menerima laporan berhubung kejadian itu daripada ahli jawatankuasa masjid berkenaan pada 9 pagi tadi.
Kerajaan Negeri Pulau Pinang beri sumbangan kepada Faisal Halim
Pemain sayap sensasi Harimau Malaya dan Selangor FC, Faisal Halim yang cedera disimbah asid menerima sumbangan daripada Kerajaan Negeri Pulau Pinang.
Juruteknik maut dalam nahas babitkan tiga kenderaan
Seorang juruteknik maut dalam kemalangan melibatkan tiga kenderaan di Kilometer 44 Jalan Alor Setar-Butterworth di pada Sabtu.
Johor sedia RM10 juta naik taraf enam taman negara
Kerja naik taraf itu membabitkan kemudahan dan infrastruktur di lokasi pelancongan berkenaan bagi memberikan keselesaan kepada pengunjung.
Remaja maut langgar lembu melintas jalan
Seorang mekanik maut selepas motosikal yang ditunggangnya disyaki melanggar sekumpulan lembu yang melintas di Jalan Besar Lui Muda di sini pada awal pagi Jumaat.
Mekanik maut dihempap Hilux
Kejadian berlaku pada jam 3.30 petang itu meragut nyawa Noor Asmawi Mat@Mohd Nor, 37, akibat kecederaan di kepala.
Mekanik maut motosikal dirempuh trak pikap
Mohamad Zulkifli Zakaria, 59, yang menunggang motosikal jenis Yamaha Y15ZR maut di lokasi selepas mengalami kecederaan parah.
Mekanik maut, kereta terbabas masuk parit
Siasatan awal mendapati kemalangan berpunca daripada kecuaian pemandu apabila kereta dipandu hilang kawalan ke bahu sebelah kiri jalan.
Mekanik maut kereta rempuh penghadang
Kereta berkenaan dipercayai hilang kawalan lalu terbabas ke arah bertentangan sebelum merempuh bucu penghadang jalan yang menghala ke Lipis.
Mekanik maut, motosikal dirempuh babi hutan
Malang tidak diduga seorang mekanik maut selepas motosikal ditunggangnya dirempuh babi hutan di Kampung Charok Juan, Rambong.
Mekanik maut digilis lori tanah
Seorang mekanik maut selepas digilis sebuah lori muatan tanah dalam satu kejadian kemalangan di KM25 Jalan Kuala Selangor-Kuala Lumpur.